07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah menerima sumbangan bahan-bahan binaan daripada Malaysian Refining Company Sdn Bhd Sungai Udang Melaka untuk tujuan latihan dan pembangunan teknikal untuk program VISTA PETRONAS Pipe Fitter yang akan dikendalikan oleh bengkel Fabrikasi Struktur Logam ILP Pasir Gudang. Majlis penyerahan dan penerimaan bahan latihan ini disempurnakan oleh En Adi Aswan Bin Abdullah, Pengurus Jabatan Pembinaan & Fabrikasi Pelaksanaan Projek & Teknikkgi Petronas dan Pengarah ILP Pasir Gudang Ts Dr Alina Binti A. Rahman @ Othman di bilik Seminar ILP Pasir Gudang. Sumbangan bahan latihan terdiri daripada 5 unit valve dan surplus bahan projek berupa paip-paip dan kepinan plat besi.

Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh En Wan Abd Rahman Bin Wan Mansor, Eksekutif Perancang “Turnaround”, MRCSB, Petronas. Puan Nur Khairunnisa Bt Ahmad Zukni, Eksekutif, Jabatan Pembinaan & Fabrikasi, Pelaksanaan Projek & Teknologi Petronas. Encik Vethamoorty Nadarajan, Eksekutif, Jabatan Pembinaan & Fabrikasi, Pelaksanaan Projek & Teknologi Petronas dan Encik Muhammad Syahir Bin Sulaiman, Eksekutif, Jabatan Pembinaan & Fabrikasi, Pelaksanaan Projek & Teknologi Petronas.

Pada hari yang sama, pihak Petronas bersama pengurusan ILP turut sama-sama meninjau progress pembangunan Bengkel Tambahan Kimpalan yang hampir siap dibina. Turuthadir ke majlis ini ialah Ketua Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran, pengajar bahagian Fabrikasi Struktur Logam dan Pengajar program VISTA Petronas untuk program Pipe Fitter dan Kimpalan 6G.

Skip to content