07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Lawatan penandaarasan oleh pengajar Automotif, En Mohd Faizul Bin Arshad dan En Nazreen bin Mohd Kamal bertujuan untuk melihat secara lebih dekat bagaimana kemudahan latihan teknologi moden automotif (Electric Vehicle) yang disediakan oleh ARS bagi dapat membantu meningkatkan kualiti latihan di bengkel Automotif ILP Pasir Gudang serta memperkasakan tenaga kerja dalam industri berasaskan teknologi.

Syarikat Advance Retro Solution (ARS) merupakan organisasi yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam penyediaan kemudahan latihan teknologi moden khususnya dalam latihan TVET melibatkan pelbagai bidang seperti teknologi mekanikal, teknologi automotif, Smart Manufacturing IR4.0, IoT dan Robotic. Selain itu, ARS turut bekerjasama dengan pengeluar dan prinsipal antarabangsa dalam menyediakan penyelesaian teknologi kejuruteraan bagi memastikan kemudahan

latihan TVET yang disediakan di Institusi Latihan TVET sentiasa selari dengan perubahan teknologi dan terkini dalam menyediakan tenaga mahir Negara. Selain itu, ARS juga merupakan rakan strategik kepada Majlis TVET Negara (MTVET) dalam merangka dan membangunkan Hub TVET serta jalinan kerjasama dengan pelbagai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seluruh negara.

Skip to content