Tetapkan matlamat + berusaha keras + kentalkan jiwa + rapatkan diri dengan agama + tawakal inilah kata kunci untuk mencapai kejayaan yang diberikan oleh ahli panel. Forum bual bicara ALUMNI anjuran oleh Biro Kerohanian & Khidmat Sosial ini menampilkan Saudari Nazira Binti Nasip, bekas pelajar Teknologi Kimpalan sesi 2/2020 yang kini sedang menempa nama dalam industri minyak dan gas. Saudari Nazira wajar dijadikan contoh kerana beliau merupakan seorang wanita kental yang menceburi bidang kimpalan yang selama ini didominasi oleh kaum lelaki. Kini beliau berkhidmat sebagai QC Inspector di Malaysian Marine Heavy Engineering (MMHE).
