07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 19 Februari 2025 pihak Cycle & Carriage Johor Bahru telah menjemput pelajar dan pengajar Bahagian teknologi Automotif serta pihak pengurusan ILP Pasir Gudang bagi menyertai Program Academy Industry Collaboration 7.0. Penyertaan terhadap program ini telah diketui oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A. Rahman@Othman bersama kakitangan daripada Unit CESS serta pengajar dan pelajar-pelajar sesi akhir dari Bahagian Teknologi Automotif.

Dalam program ini, peserta program yang hadir telah diberi taklimat mengenai sejarah serta kejayaan syarikat ini yang telah pun bertapak di Malaysia sejak 130 tahun yang lalu. Peserta juga telah mendengar perkongsian perjalanan kerjaya salah seorang pengurus di sana yang hanya bermula sebagai seorang juruteknik tetapi telah memegang jawatan yang tinggi dalam masa 15 tahun kerjaya beliau. Di akhir program, semua peserta telah dibawa melihat pengopersian syarikat ini di bahagian penyelenggaraan dan body painting serta diberi peluang untuk melihat kereta-kereta yang dipamerkan di ruangan pameran.

Di syarikat ini juga, pihak institut telah bertemu dengan alumni ILP Pasir gudang yang bekerja di sini yang merupakan graduan keluaran Bahagian Automotif. Diharap dengan program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai industri automotif sebenar sebelum menempuh alam pekerjaan selepas ini.

Skip to content