07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang dengan kerjasama PERKESO Negeri Johor telah menganjurkan karnival Kerjaya MyFutureJobs X ILP Pasir Gudang 2025 pada 23 Februari 2025. Karnival yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini telah disertai oleh 16 syarikat yang menawarkan lebih 300 jawatan dalam pelbagai bidang.

Antara objektif penganjuran program ini adalah sebagai satu platform bagi memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja melalui sesi temuduga setempat. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada orang ramai khususnya pencari kerja mendapat informasi tentang peluang kerjaya yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang menyertai. Ia juga dapat membantu majikan mendapat tenaga pekerja dengan lebih mudah sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Johor.

Karnival ini telah berakhir pada jam 4.00 petang dengan kehadiran seramai 406 orang pencari kerja. Pihak ILP Pasir Gudang sangat komited dan mengalu-alukan penyertaan daripada pihak majikan untuk penganjuran program yang sama di masa-masa akan datang bagi memanfaatkan rakyat khususnya pencari kerja mendapatkan pekerjaan dan membantu pihak majikan mendapatkan pekerja.

Skip to content