Ceramah Hala Tuju Selepas SPM telah diadakan di SMK Taman Megah Ria dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 mengenai pilihan mereka selepas tamat SPM.
Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Megah Ria ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mengetahui bidang dan kursus yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai di samping memberikan motivasi agar pelajar dapat membuat pilihan dengan baik untuk menyambung pelajaran terutamanya dalam aliran TVET.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Hjh. Edayu binti Mohd Yusof, Kaunselor dan Ts. Kavitha a/p Palaniappan, Pen. Pengarah, BPPL. Diharapkan pelajar-pelajar mendapat maklumat yang jelas mengenai hala tuju selepas SPM dan meningkatkan kefahaman mereka berkaitan program-program di dalam bidang kemahiran.
