Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2025 telah berlangsung dengan jayanya bagi Kampus Pasir Gudang dan juga Kampus Senai. Majlis ini menyaksikan pelantikan rasmi barisan kepimpinan MPP yang baharu, yang bakal membawa suara dan aspirasi pelajar sepanjang Sesi 2025.
Majlis penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Alina binti Abd. Rahman @ Othman, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli MPP yang dilantik. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti.
