Muhamad Aidil Bin Normat, ALUMNI Teknologi Minyak dan Gas merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan warga ILPPG. Beliau seringkali hadir bersama pelajar untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam memberikan motivasi kepada sahabat-sahabat yang belajar di sini.
Beliau memperuntukkan masa selama 2 malam bagi tujuan tersebut.
18 Februari di Surau Al Mawaddah ILPPG manakala 19 Februari di Surau ADTEC Senai. Beliau yang berkhidmat sebagai ‘Mechanical Fitter’ di Pengerang Integrated Complex Petronas ini berulang-ulang kali menegaskan betapa pentingnya matlamat yang jelas dan kerja keras bagi mencapai tujuan hidup.
Program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian MPP ini sudah pastinya dapat mengikat hubungan antara ALUMNI dengan warga ILPPG.
