Mesyuarat penyelarasan tindakan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sdn bhd telah memutuskan untuk pihak JTK, JTM dan PERKESO memberi taklimat kepada ahli GISBH di Pusat Pemurnian Syariah Islam (PPSI) Johor Bahru milik Majlis Agama Islam Johor.
Pihak ILP Pasir Gudang telah dijemput oleh Majlis Agama Islam Johor untuk memberi taklimat mengenai kursus jangka pendek untuk bekas ahli GISBH seramai 15 orang. Taklimat ini bermatlamatkan untuk mendedahkan para peserta tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang serta masa depan dalam bidang kemahiran. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nurul Hasyimah Binti Rasyid wakil daripada JTM (ILP Pasir Gudang). Para peserta ini turut diberikan motivasi oleh kaunselor ILPPG, Puan Hajah Edayu Binti Mohd Yusof sebagai muqaddimah program.
