Kursus Jangka Pendek (KJP) Resume in Words telah dilaksanakan pada 12 – 18 Februari 2025 melibatkan semua pelajar semester akhir yang berjumlah lebih kurang 218 orang. Kursus ini adalah kesinambungan daripada Program Seminar Kerjaya yang telah dilaksanakan pada minggu sebelumnya. Kursus ini telah disampaikan oleh Cik Siti Suraya Hani Mohd Juar, pengajar Bahasa Inggeris dari Jabatan Pengajian Am.
Tujuan utama kursus Resume in Words ini dilaksanakan untuk membantu para pelajar menghasilkan resume yang profesional dan berkesan menggunakan perisian Microsoft Words. Bimbingan secara terus juga dilaksanakan bagi memastikan penghasilan resume yang menepati kehendak pasaran kerja masa kini.
