Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang menerima pengesyoran daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) bagi program COPTPA G452-002-3:2018 Servis Diagnostik-Kenderaan Ringan untuk tahun 2025 – 2028.
Lawatan dikunjungi oleh Pegawai JPK, Cik Nizatunnisak Binti Zaidon selaku Pengerusi Panel dan En. Azli Bin Ithnain sebagai Ahli Panel yang ditugaskan untuk membuat verifikasi pembaharuan pentauliahan program.
Sesi Verifikasi Pentauliahan (Pembaharuan) ini melibatkan verifikasi 28 kriteria standard PBC dan 18 kriteria PBI serta telah dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen dan kerjasama semua pihak.Pada sesi penutup, barisan panel telah sebulat suara untuk memberi pengesyoran kelulusan permohonan.
Ini membuktikan keupayaan ILP Pasir Gudang dalam menyediakan latihan kemahiran berkualiti tinggi kepada pelajar da seterusnya kepada industri automotif negara. Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institut dalam melahirkan tenaga kerja mahir di masa hadapan.
