Bahagian Tek.Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas) ILP Pasir Gudang telah melaksanakan Kursus ToT Pipe Fitter pada 12 – 14 Februari 2025 yang melibatkan hampir 12 orang pengajar dari ILP Pasir Gudang, ILP Miri dan IKBN Bandar Penawar. Kursus anjuran bersama pihak Vista Petronas ini bertujuan mempersiapkan pengajar-pengajar Program Vista Pipe Fitter, dimana tumpuan kepada modul-modul Pipe Fitter bagi pelaksanaan Program Vista Pipe Fitter yang julung Kali dilaksanakan di ILP Pasir Gudang. Kursus ToT ini disampaikan oleh Penceramah pakar dan berpengalaman dari pihak Instep Petronas iaitu En Mohd Ramzi Bin Ruslan.
Semoga Kursus ini menjadi langkah awal ILP Pasir Gudang dalam memperkasakan TVET dan melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang Pipe Fitter.
