07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Surau Al Mawaddah ILPPG telah menjalankan beberapa program berbentuk kerohanian di sepanjang Program MABIT iaitu :

19 Januari 2025 | Live Talk : Remote Program – Linking The Idea’s ~ Program ini menampilkan beberapa fasilitator pelajar untuk memberikan motivasi kepada para pelajar bagi memulakan sesi pengajian baharu. Motivasi-motivasi ini menyentuh tentang peranan sebagai pelajar dalam merealisasikan cita-cita negara,pembentukan iman dan taqwa dalam membina masyarakat Madani dan perangi musuh negara (dadah).

20 Januari 2025 : TOT Fasilitator Al Mawaddah ~ Program ini bertujuan memberikan latihan teori dan praktikal kepada fasilitator-fasilitator yang akan mengendalikan program Change Maker pada sesi 1/2025.

21 Januari 2025 : Forum Bicara Akhir Zaman ~ Program berbentuk bual bicara ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Amrizal Bin Johari. Ahli panel yang dijemput ialah Tn Hj Noorazam Yaakob selaku editor buku Peristiwa Akhir Zaman.

22 Januari 2025 : ALUMNI Talk Beyond The Limit ~ Bekas pelajar Teknologi Instrument,Saudara Muhamad Al Hasim Bin Kadir dijemput bagi menyampaikan motivasi kepada para pelajar ILPPG.Program forum yang dimoderatorkan oleh Saudara Muhamad Irfan Zafwan Bin Adnan ini sangat menarik minat ramai terutamanya para pelajar baharu ILPPG.

23 Januari 2025 | Behaviour Plan Programe ~ Program berbentuk “sembang-sembang” disiplin ini disampaikan oleh warden ILPPG,Encik Mohd Nazri Bin Latib. Program ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada pelajar akan kes-kes yang berlaku pada semester yang lepas supaya tidak diulangi kembali. Pesanan dan sesi soal jawab turut dijalankan.

24 Januari 2025 | “Go Ahead”~ Penggayaan ceramah sambil melukis ini membuka mata para pelajar akan kepentingan menetapkan matlamat hidup. Ceramah sesi dua hala antara penceramah dan pendengar membuahkan hasil yang positif dalam jiwa pelajar.

3 Februari 2025| Bengkel Kemahiran Wuduk ~ Bengkel teori dan amali wudhuk ini dikendalikan oleh Fasilitator ilmu Surau Al Mawaddah

4 Februari 2025 | Bengkel Amali Kemahiran Mandi Wajib ~ Program berbentuk LDK ini memberi penekanan tatacara menjalankan ibadah mandi wajib secara sunnah. Ia dikendalikan oleh Fasilitator Surau Al Mawaddah yang terlatih.

6 Februari 2025 | Ceramah Agama Sempena Israk Mikraj ~ Ceramah ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhamad Arif Fadzlin Bin Faizan

Skip to content