07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus KIAR MODEL TVET berjaya dilaksanakan pada 7 Februari 2025, khusus untuk pelajar semester akhir, dengan penyelarasan oleh Puan Punitha Bangaraiyah serta dibantu oleh Encik Perabakaran Marthava sebagai fasilitator bersama barisan staf Jabatan Pengajian Am.

Menerusi pendekatan HYBRID Learning, kursus ini diadakan secara serentak di Dewan Kuliah Utama, ILP Pasir Gudang dan Dewan Sri Johor, ADTEC Kampus Senai, dengan penyertaan seramai 218 pelajar semester akhir Sesi 1/2025. Sokongan teknikal yang mantap daripada En. Hairul Azwani Bin Aziman dan pasukan BPSM telah memastikan kelancaran kursus sepanjang berlangsung.

Barisan Penceramah Kursus KIAR Sesi 1/2025

Jabatan Pengajian berjaya mendapatkan penceramah dari SPRM, Putrajaya untuk menerapkan elemen integrti dan anti rasuah di kalangan pelajar dan juga staff.

Slot 1

Modul 1: Pengenalan kepada Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR)

Modul 2: Integriti Teras Kesejahteraan (Kuiz)

⏰ 7.30 pagi – 9.30 pagi

📢 Penceramah:

• Madam Punitha Bangaraiyah, Ketua Jabatan Pengajian Am

🎓 Fasilitator:

• Encik Perabakaran Marthava

Slot 2:

Modul 3: Rasuah Dihina, Maruah Dibina

Modul 4: Agensi Pencegahan Rasuah dan Pemerkasaan Integriti

⏰ 7 Februari 2025 (Jumaat) 10.00 pagi – 12.15 tengah hari

📢 Penceramah:

• Encik Maharidzwan Bin Mahadzir (Bahagian Pencegahan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya)

🎓 Fasilitator:

• Madam Punitha Bangaraiyah, Ketua Jabatan Pengajian Am

• Encik Perabakaran Marthava

Slot 3:

Modul 5: Rasuah Berdasarkan Akta 2009 (Kuiz)

Modul 6 – Modul 10: Jenayah Kolar Putih dan Pembudayaan Integriti Anti Rasuah

⏰ 2.45 petang – 4.00 petang

📢 Penceramah:

• Encik Maharidzwan Bin Mahadzir (Bahagian Pencegahan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya)

🎓 Fasilitator:

• Madam Punitha Bangaraiyah, Ketua Jabatan Pengajian Am

• Encik Perabakaran Marthava

Slot 4

Penilaian Pengetahuan & Refleksi

⏰ 4.00 petang – 4.30 petang

📢 Penceramah:

• Madam Punitha Bangaraiyah, Ketua Jabatan Pengajian Am

Kemahiran Utama yang Diterapkan dalam Kursus KIAR

• Etika dan Kejujuran – Membina nilai integriti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

• Pemikiran Analitis – Mengenali dan menangani situasi yang melibatkan rasuah.

• Ketegasan dan Keberanian – Mempelajari teknik menolak rasuah dan mempertahankan prinsip moral.

• Kepimpinan Beretika – Menerapkan kepimpinan berintegriti dalam organisasi dan tempat kerja.

Skip to content