07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Seminar Hak Pekerja bagi pelajar semester akhir telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 5 dan 6 Februari 2025. Program ini diterajui oleh Jabatan Pengajian Am dengan En. Mohammad Syafiq Bin Wagimi selaku penyelaras utama serta dibantu oleh Pn. Punitha Bangaraiyah sebagai fasilitator. Kejayaan program ini turut dibantu oleh barisan Ketua Bahagian setiap bengkel ; Pn. Hairulashikin Binti Shah Johan, En. Mohammad Akram Bin Razlan, Pn. Eunice Chung Siaw Kiat, En. Azhari Bin Mohamad, Pn. Suraya Binti Idris, En. Mohd Faizal Bin M. Yusof, Pn. Muslihah Bt. Saman, Pn. Nor Azira Binti Ismail, dan En. Mohd Zahari Bin Ramli, yang berperanan sebagai pegawai penilai Modul Hak Pekerja.

Buat pertama kalinya, Jabatan Pengajian Am memperkenalkan pendekatan HYBRID Learning, yang membolehkan seminar ini dijalankan secara serentak di dua lokasi utama: Dewan Kuliah Utama, ILP Pasir Gudang dan Dewan Sri Johor, ADTEC Kampus Senai. Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 218 pelajar semester akhir Sesi 1/2025 dan mendapat sokongan penuh daripada pasukan BPSM yang diketuai oleh En. Hairul Azwani Bin Aziman bagi bantuan teknikal.

Penceramah & Sesi Perkongsian Ilmu

Seminar selama dua hari ini menampilkan barisan penceramah yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi maklumat secara langsung kepada pelajar:

5 Februari 2025 (Rabu)

• Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia – Disampaikan oleh En. Syahrin Bin Said.

• Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja – Ceramah oleh En. Izad Hamizad Bin Zainal.

• PERKESO – Perkongsian oleh Pn. Wan Hafidzah Binti Wan Hussin dan Pn. Zulaikha Binti Misri.

6 Februari 2025 (Khamis)

• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Ceramah oleh Pn. Nur Aimi Yahya dan En. Mohamad Aliy Aizat Abd Aziz.

• Pembukaan Akaun KWSP – Pelajar digalakkan untuk membuka akaun KWSP, dengan majoriti pelajar ILP Pasir Gudang mendaftar secara fizikal, manakala pelajar ADTEC Kampus Senai melakukan pendaftaran secara dalam talian dengan bimbingan penceramah.

Matlamat & Impak Program

Program ini bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penting bagi menghadapi dunia pekerjaan, termasuk:

• Kemahiran Komunikasi – Belajar cara berkomunikasi dengan majikan dan pekerja lain mengenai hak dan tanggungjawab mereka.

• Pemikiran Kritis – Memahami undang-undang pekerjaan dan implikasinya terhadap pekerja.

• Kemahiran Rundingan – Mengetahui teknik berunding tentang gaji, faedah, dan hak sebagai pekerja.

• Kesedaran Sosial – Memahami isu-isu hak pekerja serta kepentingan keadilan di tempat kerja.

Skip to content