07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada Jumaat (24 Januari 2025) 8.30 pagi telah berlangsungnya Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Pengarah ILPPG, Ts DR Alina Binti A Rahman, Perhimpunan Bulanan Staf Bil 1/2025 dan Majlis Sanjungan Budi anjuran Jabatan Pengajian Am dan Bahagian Khidmat Pengurusan di Bilik Seminar, ILPPG.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Kebangsaan, “Negaraku,” dan lagu rasmi JTM,” diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh En. Muhammad Farid serta Ikrar Bebas Rasuah dipimpin oleh YBrs Puan Pengarah dan bacaan doa oleh Ustaz Ariff Adlin. Tayangan Montaj Pencapaian ILPPG sepanjang tahun 2024 turut menarik perhatian hadirin, memberikan gambaran visual tentang pencapaian institut sepanjang tahun lalu, makluman kenaikan pangkat pegawai dan pegawai baharu dari IKBN Bandar Penawar iaitu En.Suhelmi serta pegawai bertukar keluar iaitu En.Saiful Aswadi ke ILP Jitra dan En.Saari ke ILP Kuantan yang dinaikkan pangkat.

YBhg. Ts Dr Alina kemudiannya menyampaikan ucapan aluan, serta recap amanat yang disampaikan oleh YAB PMX, YB Menteri KESUMA, YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan YBhg. Datuk Ketua Pengarah JTM serta memberikan amanat tahun baharu yang memberi fokus kepada visi dan misi jabatan untuk dihayati dan dipraktikkan sepanjang tempoh perkhidmatan di institut ini. Antara intipati amanat yang disampaikan oleh Puan Pengarah adalah :-

1. Komitmen dan dedikasi semua staf dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

2. Setiap tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna untuk memastikan pencapaian yang cemerlang kepada institut.

3. Setiap kerja dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan supaya perjalanan operasi jabatan mengikut ketetapan masa yang ditentukan.

4. Setiap yang dilakukan memberikan kesan kepada orang lain.

5. Saling menghormati orang lain, bekerjasama dan menyayangi antara satu sama lain untuk memberikan keceriaan di tempat kerja.

6. Inovasi dan kreativiti, IR 4.0, dan AI adalah keperluan masa kini

7. Pembelajaran berterusan sepanjang hayat

8. Kesejahteraan mental dan fizikal

Program diakhiri dengan sesi meraikan hari lahir staf bulan Januari, Februari dan Mac serta jamuan seterusnya bersurai. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggariskan hala tuju institut bagi tahun 2025, tetapi juga memperkukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan warga ILP Pasir Gudang.

Skip to content