Fasilitator-fasilitator Minggu Suai Kenal sesi 1/2025 masih meneruskan tugasnya mengendalikan program untuk para pelajar baharu ILPPG. Masa hujung minggu dimanfaatkan dengan mengatur program surau supaya mereka terbiasa dengan jadual surau di asrama. Antara program yang dijalankan ialah :-
1)SHARING GLORY
Program yang dijalankan pada 17 Januari 2025 ini menampilkan Saudara Muhamad Nor Zulfikri Syah Bin Akasyah,ALUMNI ILPPG dalam bidang kimpalan. Beliau menceritakan kisah hidupnya dalam menempa kejayaan. Kini beliau menabur khidmat sebagai QC Inspektor di MMHE dan bakal berkhidmat dalam bidang minyak dan gas di UAE.
2) Program TOT Cheff Mawaddah
Program yang dijalankan pada 18 Januari 2025 ini bertujuan untuk mencari dan melatih para pelajar baharu yang berkecenderungan dalam bidang masakan. Program TOT ini dikendalikan oleh Muhamad Zul Azrin Bin Azman,Cheff muda Surau Al Mawaddah. Dalam program ini para peserta belajar bagaimana sukatan dan resepi untuk memasak dalam jumlah yang besar (kenduri)
3) MALAM GEMA QASIDAH
Setelah penat berorientasi para pelajar dihidangkan dengan alunan bacaan zikir dan qasidah beramai-ramai. Ianya sebagai salah satu alternatif dan pemvariasian program surau Al Mawaddah ILPPG.
4) JAMUAN AL MAWADDAH
Setelah tamat berqasidah,jamuan makan hasil daripada air tangan para pelajar sendiri dihidangkan dan dinikmati bersama. Diakhir program para pelajar bersalaman sambil mengalunkan selawat sebagai tanda eratnya ukhuwah di antara mereka.