07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Unit Kecemasan dan Pengungsian Bangunan ILP Pasir Gudang (ERT) telah mengadakan Taklimat dan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) pada 15 Januari 2025 kepada pelajar baharu sempena Minggu Suai Kenal Sesi 1/2025. Tujuan utama latihan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua warga ILP Pasir Gudang khususnya pelajar-pelajar yang baru mendaftar tentang prosedur keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Ketua Unit ERT ILPPG, En Mohammad Ridzuan bin Kasnaini, pada jam 2.00 petang. Demonstrasi pemadaman kebakaran turut dilakukan dimana pelajar-pelajar diajar dan diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul.

Kemudian, pada jam 12.00 tengah malam, latihan pengungsian bangunan melibatkan semua penghuni asrama dilaksanakan untuk menguji keupayaan pelajar bertindak dalam situasi kecemasan dan memastikan mereka tahu tentang jalan keluar keselamatan (means of escape) yang ditetapkan. Latihan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai bomba daripada Balai Bomba Pasir Gudang selaku pemerhati latihan, serta pasukan ERT ILPPG dan barisan warden asrama selaku pelaksana program.

Skip to content