07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 40 orang anak-anak yatim daripada pelbagai sekolah menengah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ILP Pasir Gudang. Program anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) ini bermatlamatkan untuk mendedahkan para peserta tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang serta masa depan dalam bidang kemahiran.

Para peserta ini turut diberikan motivasi oleh kaunselor ILPPG, Puan Hajah Edayu Binti Mohd Yusof sebagai muqaddimah program. Peserta juga berpeluang mendengar tazkirah ringkas dan penerangan berkaitan ILPPG oleh Tn Hj Noorazam Bin Yaakob.

Di akhir slot,para peserta diberikan wang kocek sebagai cendehahati hasil sumbangan daripada warga ILPPG.

Skip to content