07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 15 Januari 2025, ILP Pasir Gudang telah menerima kunjungan daripada empat orang pengajar dari ILP Bukit Katil. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan pertukaran idea mengenai usaha memperkasakan kualiti pendidikan dalam bidang TVET (Technical and Vocational Education and Training) khususnya dalam bidang Instrumen. Selain itu, para pengajar juga berpeluang menyertai kursus in-house bertajuk Control Valve Maintenance yang disampaikan oleh tenaga pakar, Pn. Suzana binti Suradi. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas dan teknik penyelenggaraan yang betul untuk memastikan prestasi control valve dalam keadaan optimum.

Skip to content