Satu sesi pembentangan Inisiatif Geran Bantuan Peralatan kepada pusat pendidikan dan latihan telah diadakan di pejabat Unit SMI Johor pada 9 Januari 2024. Inisiatif ini diberikan kepada pusat-pusat pendidikan dan latihan yang layak bertujuan meningkatkan produktiviti pusatu-pusat latihan dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran yang kompeten serta berprestasi tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran industri semasa.
Sesi pembentangan ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan ILP Pasir Gudang yang diwakili oleh Timbalan Pengarah latihan, Ketua Jabatan Elektrik Elektronik, Ketua Jabatan Mekanikal Pengeluaran dan Pegawai dari Unit CESS. Beberapa buah peralatan telah disenaraikan untuk dipohon antaranya temasuklah keperluan peralatan bagi menjalankan kursus Electrical Vehicle yang semakin berkembang pada masa kini bagi memenuhi keperluan penguna-penguna kenderaan elektrik yang semakin bertambah.
Diharap permohonan peraatan yang dibentangkan ini mendapat perhatian serta pertimbangan sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri dalam membantu pihak ILP Pasir Gudang melahirkan pekerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri sekitar negeri Johor khususnya bagi industri-industri di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)