3 Januari 2025 | Aktiviti unit CESS ILP Pasir Gudang bagi tahun ini dibuka dengan sesi pembentangan cadangan kursus untuk Program Pembangunan Kemahiran Johor (Pro-Mahir) bagi tahun 2025 yang diadakan di pejabat Unit SMI Johor. Program Pro-Mahir ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor dalam meningkatkan peluang dan penempatan pekerjaan kepada rakyat negeri Johor melalui latihan kemahiran jangka pendek mengikut keperluan sebenar di industri.
Sesi tersebut telah dihadiri sendiri oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina bersama 2 orang pegawai dari Unit CESS ILPPG. Sebanyak 3 program telah dibentangkan kepada pihak SMI pada sesi tersebut iaitu Program Scheme for Personnel (CSWIP) 3.1 Welding Inspector, Rope Access Level 1 + Flange Management (FMJIT) level 2 dan Flange Management (FMJIT) level 1 +Rope Access Level 2.
Semoga permohonan tersebut mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja bidang minyak dan gas di negeri Johor serta dapat memenuhi keperluan industri semasa dalam bidang berkaitan.
