Program T.O.T Fasilitator telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Psikologi dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) pada 11 dan 12 Januari 2025 di Bilik Seminar, ILP Pasir Gudang.
Program ini diadakan sebagai platform untuk melatih sekumpulan pelajar yang terpilih sebagai fasilitator agar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengendalian aktiviti. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri peserta, memperkasa kreativiti dalam pengendalian sesi serta mewujudkan fasilitator yang berinovasi dan berkredibiliti. T.O.T ini dilaksanakan dalam bentuk sesi interaktif dan simulasi bagi memastikan keberkesanan pembelajaran.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan fasilitator yang cemerlang dan berupaya memberi impak positif kepada pelajar-pelajar baharu Sesi 1/2025.