07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

7 Januari 2025 (Selasa) | ILP Pasir Gudang telah diverifikasi oleh panel lantikan dari JPK dalam penilaian pematuhan COPTPA bagi program seperti berikut :

1️⃣ EE-230-3:2013

Industrial Instrumentation & Control Operation And Maintenance

2️⃣ C331-012-3:2020

Industrial Maintenance Operations

3️⃣ OG-011-3:2011

Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak,Gas & Petrokimia)

4️⃣ C259-008-3:2022

Shielded Metal Arc Welding (Smaw) Process

Lima orang panel telah hadir iaitu Cik Nizatunnisak Binti Zaidon dari JPK selaku ketua pasukan, Ts. Dr. Romy Bin Abd Kadir dan En. Sabri Bin Aziz bagi penilaian bidang EE-230-3:2013 dan C331-012-3-2020, manakala Ts. Mohd Hermezan Bin Ghazali dan En. Mohini Bin Kamaruddin bagi penilaian bidang OG-011-3:2011 dan C259-008-3:2022. Lawatan turut dihadiri oleh En. Nik Syaful Bin Nik Mahmud wakil dari Bahagian Kawalan Teknikal ibu pejabat JTM.

Para panel telah melakukan semakan dokumentasi pematuhan COPTPA sebelum melawat bengkel bagi melihat kemudahan infrastruktur dan latihan yang disediakan.

Secara keseluruhan, barisan panel amat berpuas hati dengan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak institut dan mengesyorkan semua bidang diperakui dengan mengikut kapasiti seperti yang dipohon.

Skip to content