3 Januari 2024 | Kakitangan ILPPG telah bersama-sama berhimpun di Dewan Kuliah Utama (DKU) ILPPG bagi mengikuti Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YAB Perdana Menteri yang dipaparkan secara atas talian.
Amanat yang disampaikan penuh dengan kata-kata inspirasi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan dalam memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Dikesempatan yang ada, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ts. Dr. Alina Binti A Rahman @ Othman, Pengarah ILP pasir Gudang yang menyentuh kepada intipati amanat Perdana Menteri sebentar tadi dalam kepentingan sumbangan setiap warga kerja, komitmen dalam menjalankan tugas masing-masing serta kesiapsiagaan warga kerja ILPPG dalam menghadapi cabaran sebagai penjawat awam.
Perhimpunan ini juga amat bermakna bagi warga kerja ILP Pasir Gudang kerana merupakan hari pertama Jumaat sebagai hari bekerja setelah kerajaan negeri Johor bersetuju untuk menukar hari bekerja bermula 1 Januari 2025.
