07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Rokok-Vape-Pedem-Dadah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para belia. Keterlibatan dalam gejala tersebut membuatkan para pelajar hilang tumpuan kepada pembelajaran, kurangnya produktiviti dan berkemungkinan berlakunya kes yang lebih besar.

Atas rasa tanggungjawab untuk mencegahnya Majlis Perwakilan Pelajar dengan Kerjasama pelajar Teknologi Penyenggaraan Mekanikal semester 2 telah mengambil inisiatif mengadakan kempen R.V.P.D-Quit ( Berhenti Rokok-Vape-Pedem-Dadah ) kepada pelajar-pelajar ILPPG.

Ceramah anti RVPD yang disampaikan sendiri oleh pelajar, pameran anti RVPD, tayangan video ceramah agama berkaitan RVPD, carta kaji selidik, berita kes-kes pedem/dadah,pembentangan model kesan ketagihan rokok dan pop kuiz adalah beberapa aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut. Para pelajar turut mengambil inisiatif melancarkan rawatan alternatif bekam secara percuma selama 1 minggu bagi para pelajar yang mengalami ketagihan rokok dan vape.

Program tersebut turut mengadakan gimik pembakaran Rokok dan vape sebagai simbolik kepada “katakan tidak kepada Rokok,vape,pedem dan dadah”. Program intensif selama 2 ½ jam tersebut diakhiri dengan kenduri sekampung yang turut disediakan oleh para pelajar.

Program ini sebagai salah satu bukti MPP ILPPG turut menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar bebas daripada pengaruh kebejatan rokok,vape,pedem dan dadah.

Skip to content