Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) telah menganjurkan Kursus TOT Embedded System for Innovation pada 10 & 11 Disember 2024, melibatkan hampir 20 pelajar dan 13 staf. Kursus ini memberi tumpuan kepada penggunaan ESP32 dan pelbagai penderia pintar untuk membangunkan sistem pemantauan persekitaran ladang (FEnMoS). Bimbingan diberikan oleh Tc Mohd Azri Fahmy Bin Azman dari Bengkel Elektronik Industri, dengan tujuan mempersiapkan peserta menghadapi Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025 di ADTEC JTM Jerantut.
Peserta turut memanfaatkan aplikasi seperti Blynk dan Arduino IDE serta kit IoT untuk meneroka teknologi terkini dalam sistem terbenam. Kursus ini menjadi langkah awal ILPPG dalam memperkasakan kemahiran inovasi, sejajar dengan visi institut untuk melahirkan tenaga mahir yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan.