Pada 28 dan 29 November 2024, seramai 20 orang pelajar semester 4 bersama 2 orang pengajar bidang Teknologi Elektrik dari ILP Pasir Gudang telah terlibat dengan program Corporate social responsibility (CSR) di Madrasah Tahfiz Al Quran, Kampung Sinaran Baru, Skudai. Program melibatkan kerja-kerja pendawaian elektrik sebagai persediaan pihak tahfiz mengadakan Majlis Muzakarah Agama pada 30 November dan 1 Disember 2024 di madrasah tersebut. Pihak ILP Pasir Gudang juga diminta untuk berada di tahfiz tersebut sepanjang berlangsungnya majlis muzakarah sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan atau masalah pada sistem pendawaian elektrik ketika majlis berlangsung.
Pihak insitut amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak madrasah dan mengharapkan semoga bantuan yang diberikan dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara pihak ILP Pasir Gudang dengan pihak madrasah serta penduduk Kampung Sinaran Baru Skudai sebagai kampung kelahiran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia.