Satu sesi lawatan penyelarasan dan aktiviti pemasangan perkakasan Proof Of Concept (POC) system rangkaian berkaitan dengan penubuhan Huawei Smart Campus ILJTM di Institut Latuhan Perindustrian Pasir Gudang telah dijalankan pada 1 Disember 2024 (Ahad). Lawatan ini adalah sebahagian dari tindakan susulan selaras dengan pengumuman Program Anak Angkat ILKA dalam Belanjawan 2025, yang bertujuan untuk meningkatkan taraf latihan kemahiran teknikal di Malaysia. KESUMA telah mencadangkan penubuhan Pusat Pembelajaran Huawei (Huawei Learning Centre) dengan penggunaan teknologi canggih untuk mewujudkan Kampus Pintar (Smart Campus) di ILJTM seluruh negara. ILPPG Kampus Senai telah dipilih oleh pengurusan tertinggi JTM sebagai model Utama pembangunan Huawei Smart Campus ini. Lawatan rasmi ini disertai oleh YB Horward Lee Chuan How (Ahi Parlimen Ipoh Timor merangkap Ahli Majlis TVET Negara), Timbalan Ketua Pengarah JTM, Pengurusan tertinggi JTM, Pengurusan ILP Pasir Gudang, wakil rasmi Huawei Malaysia, Syarikat Glocomp Sstem (M) Sdn Bhd & United Technology Solution Sdn Bhd. Lawatan ini dimulakan dengan sesi penerangan konsep Huawei Smart Campus oleh wakil Huawei Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama ILPPG kampus Senai dan seterusnya lawatan tapak ke bilik dan ruang yang dicadangkan untuk dibangunkan Smart Classroom terbabit serta melihat fasiliti sokongan bagi menjayakan program Smart Campus terbabit. Lawatan tapak diteruskan di Kampus Utama Jalan Gangsa ILP Pasir Gudang bagi mengenal pasti ruang & bilik yang bersesuaian bagi dijadikan Smart Classrom untuk sokongan kepada konsep Huawei Smart Campus. Sesi lawatan tapak ini diakhiri dengan mesyuarat penutup bagi membuat rumusan dan gambaran awal untuk pihak teknikal memulakan kerja bagi merealisasikan POC Huawei Smart Campus ini yang dijangka bermula pada 1 Januari 2025.