Kursus Easy Mobile Video Editing using VivaVideo telah diadakan pada 27 November 2024 di Bilik Kuliah Bahagian Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Perserta kursus ini terdiri daripada lapan orang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Johor. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta tentang proses suntingan video. Pembelajaran lebih fokus kepada cara mengambil gambar, merekod video, menyusun gambar dan video dalam aplikasi Viva, suntingan, tetapan teks dan penetapan audio. Peserta juga telah diperkenalkan dengan kamera drone sebagai alat untuk merekod video dari pelbagai sudut dan ketinggian. Di akhir kursus semua peserta berkongsi hasil video masing-masing yang telah berjaya dihasilkan. Kursus disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu En Saari bin Ishak.
