WEBINAR TVETDigital : “Dynamic Presentation With Canva” anjuran Bahagian Community and Employment Support Service (CESS), ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 17 November 2024 (Ahad) secara online menggunakan medium Google Meet. Perkongsian ilmu ini dijalankan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Coordinator webinar, Pn. Punitha a/p Bangaraiyah, Pensyarah Bahasa Inggeris dan Moderator webinar Ustaz Mohamad Ariff Afdlin bin Faizan dari Jabatan Pengajian Am ILP PG telah berkongsi ilmu dan hands-on mengenai kelebihan menggunakan CANVA. Kami telah dibantu dengan penuh komitmen oleh BPSM untuk pengurusan bahagian teknikal.
Peserta juga didedahkan mengenai CANVA sebagai alat reka bentuk yang mudah digunakan, dengan pelbagai template percuma dan premium untuk pelbagai jenis projek, seperti poster, kad, dan media sosial. Perkongsian ini juga telah membolehkan peserta mengetahui bahawa penggunaan CANVA juga boleh diakses dari mana-mana peranti dan membolehkan kolaborasi antara pengguna. Peserta juga mengetahui bahawa melalui platform ini mereka akan memperolehi koleksi elemen grafik, gambar, dan video berkualiti tinggi, serta alat tambahan seperti animasi dan penjadualan media sosial, menjadikannya pilihan ideal untuk sesiapa sahaja yang ingin mencipta reka bentuk tanpa memerlukan kemahiran teknikal.
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kelebihan penggunaan aplikasi CANVA dan juga meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi CANVA untuk kegunaan harian mereka. Peserta juga telah ditunjukkan cara untuk berkongsi aplikasi, cara untuk membina infografik, resume dengan mengunakan aplikasi CANVA. Sebagai nilai tambah, peserta diberikan sijil penyertaan webinar Seramai 96 orang peserta telah mendaftar, terdiri daripada kalangan orang awam, pelajar, pekerja swasta, penjawat awam, dan usahawan. Pihak CESS ILP Pasir Gudang sungguh komited bersama-sama dalam perkongsian ilmu dan kepakaran kepada semua lapisan masyarakat.