Unit Ko-kurikulum Briged Bomba dan Penyelamat ILP Pasir Gudang telah mengadakan Latihan Asas Kebombaan bagi tahun 2024 yang bertempat di ILP Pasir Gudang. Kursus ini telah disertai oleh pelajar-pelajar semester 1 dari kursus Teknologi Automotif, Teknologi Pembuatan (Perkakasan) dan Teknologi Pembuatan (Pemesinan).
Para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan pengetahuan tentang tatacara kawad hos yang betul, tetapi latihan ini turut memupuk sikap kerjasama dalam sebuah organisasi dan menguji stamina serta daya tahan mereka.
Turut sama hadir dalam latihan ini ialah pengawai penyelaras Unit Bridged Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh En Mohammad Ridzuan bin Kasnaini selaku tenaga pengajar.