Pada 1 hingga 3 November 2024 pihak ILP Pasir Gudang bersama ILP Tangkak dan ADTEC Batu Pahat telah menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dan Karnival Kerjaya di Persada Johor.
Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk mempersiapkan generasi muda selain memberi pendedahan kepada mereka mengenai sektor Hi-TVET khususnya bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat di negeri ini. Penubuhan JTDC ini bakal meningkatkan keupayaan negeri dalam menyediakan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi dan berdaya saing bagi memenuhi permintaan industri.
Dianggarkan sejumlah 300 orang pengunjung telah hadir ke reruai JTM sepanjang 3 hari penganjuran program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi. Menteri Besar Johor, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri KESUMA, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Penggguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YBhg Dato’ Sri Subahan Kamal, Pengerusi Lembaga PERKESO, YBrs Ts. Kamaruzaman bin Haji Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah JTM serta ketua-ketua jabatan agensi yang terlibat.
