Satu sesi perjumpaan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman, Pengarah ILPPG telah diadakan pada 9 November 2024 di Dewan Kuliah Utama. Dalam perjumpaan ini, pengarah telah menyampaikan amanat agar barisan kepimpinan MPP dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.
Pelbagai usul, cadangan dan aduan telah dibincangkan dalam perjumpaan ini dan disambut baik oleh Puan Pengarah. Selain itu, Saudara Muhamad Hafiz bin Ali, Presiden MPP juga turut membuat perkongsian maklumat serta perancangan MPP sepanjang Sesi 2/2024 ini.
Turut sama hadir dalam perjumpaan ini ialah barisan Pengurusan Tertinggi, Penyelaras, Ahli Jawatankuasa MPP, Ketua Pentadbiran, Penyelia Asrama dan Warden Asrama.