Telah berlangsung Majlis Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pro-Mahir 2024 kepada seramai 28 orang peserta Program Pengukuhan Bidang Automotif Servis Selepas Jualan pada 2 November 2024 bersempena Majlis Pembangunan Bakat Johor Dan Karnival Kerjaya di PERSADA Johor International Convention Centre . Majlis penyampain sijil tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Program Pengukuhan Bidang Automotif Servis Selepas Jualan di bawah Pro-Mahir ini merupakan program tajaan Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor yang telah dilaksanakan di ILP Pasir Gudang mulai April hingga Jun 2024 dan disertai oleh belia-belia lepasan sekolah sekitar negeri Johor. Antara objektif penganjuran progtram ini adalah memberi latihan kemahiran kepada peserta dalam bidang automotif, meningkatkan kebolehpekerjaan peserta program, mempersijilkan peserta dengan sijil kemahiran yang diiktiraf yang mana ILP Pasir Gudang merupakan pusat bertauliah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang diiktiraf oleh jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), melahirkan tenaga kerja profesional tempatan serta mengurangkan kebergantungan tenaga kerja profesional dari luar.