07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 21 Oktober 2024, Kelab Sukan dan Kebajikan ILP Pasir Gudang (KSDK ILPPG) telah menganjurkan sebuah Majlis Perpisahan bagi menghargai sumbangan serta jasa empat pegawai yang akan meninggalkan ILPPG untuk memulakan fasa baru dalam kerjaya dan pendidikan mereka. Majlis yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Surau ILPPG ini penuh dengan kenangan manis, ucapan penghargaan, dan doa yang tulus ikhlas.

Pegawai yang diraikan iaitu, Encik Mohd Asri bin Mohd Satar DG54 yang akan berpindah ke SMK Taman Kota Kulai, Puan Nurul Eliyana binti Mohd Yazed DG44 yang akan berpindah ke SMK Taman Megah Ria, Puan Normala binti Mohd Nor S44 yang akan berpindah ke Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Puan Noorzilah binti Jamaludin DV36 yang akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Majlis ini bermula dengan bacaan doa. Seterusnya, setiap pegawai yang diraikan menyampaikan ucapan penuh emosi, berkongsi pengalaman dan rasa terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh warga ILPPG sepanjang mereka berkhidmat di sini. Pengarah ILP Pasir Gudang turut memberikan ucapan penghargaan dan doa agar pegawai-pegawai yang berpindah terus berjaya dalam perjalanan baharu mereka.

Majlis diteruskan dengan tayangan video kenangan, diikuti penyampaian cenderahati sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Seterusnya, Sesi taklimat SSPA dan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh semua hadirin. Majlis diakhiri dengan jamuan, di mana para hadirin berpeluang beramah mesra buat kali terakhir sebelum pegawai-pegawai ini melangkah ke destinasi baharu mereka.

Skip to content