07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

20 Oktober 2024 | ‘Jewels In The Night Sky’ itulah ungkapan terbaik kepada 25 orang ALUMNI ILPPG yang hadir ke program himpunan bekas pelajar ILPPG yang diadakan di Surau Al Mawaddah. Mereka sanggup hadir dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Gelang Patah, Singapura,Muar,Pontian dan Batu Pahat untuk menjalankan program ramah mesra Bersama para pelajar ILPPG.

Mereka memasak bersama-sama, solat berjemaah, berqasidah,mengadakan jamuan makan dan memberikan nasihat serta motivasi kepada para pelajar melalui sesi LDK yang dijalankan. Antara perkara yang disentuh ialah betapa pentingnya ilmu dan jati diri dalam menghadapi masa muka terutamanya dalam bidang pekerjaan.

ALUMNI ini turut mengambil peluang membuat perjumpaan kepada ahli-ahli MPP dan menunjukcara tips-tips kepimpinan kepada mereka. Di akhir slot, ahli-ahli ALUMNI telah memasang logo khat Surau Al Mawaddah yang dihasilkan sendiri oleh saudara Azri Bin Rahmat (ALUMNI) dengan menggunakan mesin ‘wyre cut’.

Mereka kini bekerja sebagai Jurukimpal professional, juruteknik, supervisor, ahli perniagaan, kontraktor, eksekutif syarikat,’sales manager’,’product manager’ dan ‘QC Marine Operation’ , itulah hasil didikan ILP Pasir Gudang.

Skip to content