Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, 20 Oktober 2024 – DOSM Johor telah mengadakan aktiviti Program 𝘊𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘚𝘰𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘪𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 (CSR) mengecat bangunan bersama warga DOSM Johor dan juga para pelajar dari ILP Pasir Gudang. Penanaman pokok turut dilakukan oleh Puan Mazreha Binti Ya’akub, Pengarah DOSM Johor sebagai simbolik kepada Banci Pertanian 2024 yang telah dilaksanakan pada tahun ini . DOSM Johor turut mengambil peluang membuka 𝘣𝘰𝘰𝘵𝘩 pameran sempena sambutan ini dalam memberi pendedahan mengenai DOSM kepada para pelajar dan warga kerja ILP. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs Ts. Dr Alina Binti A Rahman @ Othman, Pengarah ILP Pasir Gudang dan warga ILP Pasir Gudang dalam menjayakan Hari Statistik Negara (HSN)Peringkat Negeri Johor 2024 ini. Semoga ukhwah dan kerjasama antara DOSM dan ILP akan berterusan di masa akan datang.