16 Oktober 2024 | ILP Pasir Gudang telah mengadakan satu perhimpunan di Dewan Kuliah Utama bagi memberi laluan para pelajar mendengar taklimat dan amanat pengarah dalam meningkatkan kelestarian pembelajaran di institut ini.
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Ikrar Pelajar yang dipimpin oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Sdr. Muhamad Hafiz bin Ali. Kemudian taklimat disiplin yang menerangkan tentang kesalahan berkenaan bahan yang mengkhayalkan seperti air ketum dan bahan perisa nikotin yg mengkhayalkan (pedem/mushroom).
Seterusnya taklimat terakhir oleh Kaunselor ILP Pasir Gudang, Puan Normala binti Mohd Nor, yang akan ditukarkan ke Kolej Komuniti Pasir Gudang.
Diikuti dengan Taklimat PPE oleh Ts. Dr. Dayangku Suraya binti Awang Jafar yang menerangkan kepentingan pemakaian kelengkapan keselamatan di bengkel bagi mengurangkan risiko kecederaan ketika menjalankan latihan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ybrs. Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman, Pengarah ILP Pasir Gudang. Amanat yg diberikan adalah untuk memberi semangat kepada pelajar dalam memberi fokus dalam latihan serta menjaga disiplin diri agar dapat menamatkan latihan dengan cemerlang.
Perhimpunan diakhiri dengan perasmian Minggu Karnival Sukan Pelajar ILPPG 2024 dan Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2/2024.