07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Tenaga Manusia dan KJ Can (Johore) Sdn. Bhd. telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia pada 10 Oktober 2024 di ILP Pasir Gudang. Encik Tan Kim Weng mewakili Pengurus Besar KJ Can (Johore) Sdn Bhd dan Encik Lin Wai Hoong mewakili Ketua Kumpulan Sumber Manusia KJCF turut hadir dalam sesi (MoU) tersebut. MoU tersebut bertujuan menjalin hubungan kerjasama bagi penempahan Latihan Industri pelajar, pelaksanaan Sistem latihan Dual Nasional (SLDN) dan sebagainya. Seterusnya Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia turut merasmikan mural ILPPG iaitu TVET Wall & SOGA HUB ILPPG hasil kolaborasi bersama KJ Can (Johore) Sdn Bhd, Nippon Paint Johor dan ILP Kuantan.

Beliau turut menandatangani logo ILPPG pada kereta proton Motorsports ILPPG yang akan bertanding di dalam litar Sepang pada 10 November 2024 hasil kolaborasi ILPPG bersama Shaiful Motor Sdn Bhd. Bagi pelaksanaan Environmental Social Governance (ESG) di ILPPG, Food Waste into Fertilizer Project ILPPG juga dirasmikan dan lawatan ke bengkel-bengkel ILPPG juga diadakan. Penerangan pelaksanaan program TVET secara keseluruhan di ILPPG diketuai oleh Ts. Dr. Alina Binti A.Rahman @ Othman, Pengarah ILP Pasir Gudang. Sesi lawatan kerja beliau selesai setelah menyampaikan amanat beliau melalui perjumpaan bersama kakitangan ILP Pasir Gudang di sebelah petang. Seluruh warga ILP Pasir Gudang sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas kunjungan YBhg. Datuk Rospiagos ke ILPPG.

Skip to content