07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

9 Oktober 2024 | Kumpulan Qasidah Huzaifah Ibn Yaman ILP Pasir Gudang sekali lagi dijemput oleh SRK Tanjung Puteri Resort bersempena Majlis Malam Cinta Rasul anjuran sekolah tersebut. Seramai 400 orang hadir pada malam itu yang terdiri daripada guru-guru,ibu-bapa,para pelajar dan penduduk setempat. Program bermula dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang ianya diimamkan oleh pelajar ILPPG, saudara Muhamad Syafiq Bin Mohd Yusof.

Persembahan Qasidah ini dijalankan selama 1 jam 30 minit dan diselangi dengan tazkirah serta kuiz. Majlis ini bertambah serinya apabila 6 orang ALUMNI turut hadir memeriahkan majlis tersebut. ALUMNI tersebut merupakan Saudara Muhamad Khalis Bin Lazi (Kimpalan sesi 1/2006), saudara Abdul Munir Bin Abu Bakar (Fabrikasi Logam sesi 1/2006), Nurul Sahidha Binti Mohd Johari ( Rekabentuk Produk Industri sesi 1/2012),Saudara Khairul Azeem Bin Abd Aziz (Elektronik sesi 2/2020), Saudara Faiz Najmie Bin Husin (Elektronik sesi 2/2020) dan Mohamad Iqmal Syaibani Bin Mohamad Ali (Kimpalan sesi 1/2023).

Program sebegini sudah pastinya mampu mengeratkan lagi hubungan antara ILPPG dengan komuniti setempat sekaligus mampu menaikkan imej ILPPG di mata masyarakat.

Skip to content