3 Oktober 2024 | SMK Tasek Utara telah menjalankan Karnival STEM bagi tahun ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang . ILP Pasir Gudang juga turut serta dalam pameran yang diadakan bersempena karnival tersebut. Para pelajar, pengajar dan pengunjung diberi sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang. Pelajar di sekolah ini menunjukkan minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran di ILP memandangkan TVET kini menjadi tumpuan orang muda kerana kerjaya yang dapat memberi pendapatan yang lumayan. Kebolehpasaran pelajar ILP Pasir Gudang juga memberi impak kepada minat pelajar-pelajar ini kerana mereka amat mengharapkan untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.