2 Oktober 2024 | SMK Pengerang Utama telah menjadi tuan rumah bagi Karnival STEM peringkat Negeri Johor bagi tahun ini. ILP Pasir Gudang juga turut serta dalam pameran yang diadakan bersempena karnival tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.30 petang. Para pelajar dan pengunjung diberi sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang. Pelajar di sekolah ini menunjukkan minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran di ILP berikutan keperluan pekerja mahir dalam bidang Minyak dan Gas di kawasan Pengerang.