07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

3 Oktober 2024 | Kumpulan Qasidah Huzaifah ILPPG telah mengadakan persembahan qasidah pada majlis Sambutan Maulidurrasul di Dewan Muafakat Taman Sierra Perdana Pasir Gudang. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Tomyam Negeri Johor. Dianggarkan lebih 1000 orang daripada masyarakat setempat hadir dalam program tersebut. Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang,YB Hassan Bin Ali ini turut dihadiri oleh penceramah jemputan Al Fadhil Maulana Salman Qadafi.

Jemputan ini merupakan suatu pengiktirafan dan penghormatan kepada ILPPG kerana institut ini bukan sahaja mampu melahirkan belia berkemahiran bahkan mampu menerapkan elemen-eleman agama terhadap pelajarnya.

Skip to content