07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 29 September 2024 pihak ILP Pasir Gudang telah menerima lawatan penandaarasan EKSA daripada kakitangan ILP Mersing. Rombongan telah diketuai oleh Ts Dr Ir Hairol bin Jaffar, Penolong Pengarah CESS bersama 16 kakitangan dari pelbagai unit dan bahagian ILP Mersing.

Rombongan telah diberikan taklimat berkenaan pembudayaan EKSA yang diamalkan di ILP Pasir Gudang beserta perkongsian dari Jawatankuasa Induk berkenaan langkah-langkah serta perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam mendapatkan pensijilan EKSA. Selain itu rombongan juga telah di bawa ke zon-zon yang terlibat bagi memberi peluang kepada mereka melihat amalan EKSA yang diamalkan di institut ini. Diharap dengan perkongsian dari team EKSA ILP Pasir Gudang ini sedikit sebanyak dapat memberi idea serta inspirasi kepada mereka untuk melaksanakan EKSA di jabatan mereka.

Skip to content