07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Lafaz selawat yang lantang bersemangat, sepanduk lain dari yang lain (diperbuat daripada bahan terbuang), rekacorak kain rentang yang menarik, bunga manggar hasil buatan tangan, disiplin tinggi yang ditunjukkan dan paluan kompang yang “masterpiece” ~ itulah komen yang dilemparkan oleh kebanyakan masyarakat yang menyaksikan perarakan kontijen ILPPG sempena Sambutan Maulidurrasul peringkat Pasir Gudang yang diadakan pada 29 September 2024.

ILPPG menghantar seramai 68 orang kontijen ini telah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Jabatan Kerajaan, IPT dan badan korporat manakala pasukan kompang ILPPG berada di tempat kedua (Naib Johan) daripada 33 kontijen yang terdiri daripada 1300 peserta dari pelbagai agensi-agensi kerajaan, IPT, sekolah-sekolah, NGO, kesatuan penduduk,masjid dan surau serta badan-badan korporat. Dianggarkan seramai 5000 orang hadir bagi meraikan sambutan tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh :

Exco Agama Johor – YB Tn Hj Mohd Fared Bin Hj Mohd Khaled,

YB Dato Bandaraya Pasir Gudang – Dato Asman Shah Bin Abd Rahman

Penceramah – Sahibul Fadhilah As Sheikh Tn Hj Mohd Nasri Bin Rahman

ADUN Permas – YB Tn Hj Baharudin Bin Mohamed Taib

Ketua WHIP – YB Dato Hj Amin Bin Ahmad

PTG – Encik Mohd Fahmy Bin Yahya

Skip to content