07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah memperkenalkan program Minggu Cahaya Mawaddah disepanjang minggu keempat bulan September. Program yang dijalankan adalah :-

??????? ???? ??????? ~ 17 hingga 19 September 2024

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk berkhidmat kepada ibu-bapa. Para pelajar yang menghantar gambar aktiviti tersebut akan diberikan hadiah oleh penganjur.

??????? ?????-??? ~ 22 September 2024

Program berbentuk motivasi ini disampaikan oleh Pn Nurul Hasyimah Binti Rashid (salah seorang pegawai CESS ILPPG). Antara perkara yang disentuhnya ialah betapa pentingnya para pelajar menetapkan matlamat dalam kehidupan. Beliau turut menceritakan pengalamannya mengendalikan rumah kebajikan HALO PRIHATIN yang diuruskannya serta kesan ibadah terhadap kehidupan.

??????? ??????????? ???????? ~ 23 September 2024

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Kamarul Izuddin Bin Othman ini menyentuh perihal akhlak anak-anak muda dan pripentingnya kebergantungan kita kepada Allah SWT.

??????? ??????? ????? ~ 24 September 2024

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang kejayaan para pelajar ILPPG terdahulu. Paparan kisah kehidupan dan pencapaian mereka ditunjukkan itu sudah pasti menjadi inspirasi kepada pelajar.

??????? ?????????? ??????? & ??????? ~ 25 September 2024

Bengkel ini menerapkan tentang cara-cara menyucikan najis berat,najis sederhana dan najis ringan. Turut diterangkan tentang jenis-jenis air dan penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan berkaitan dengannya. Bengkel ini dikendalikan oleh MPP dan rakan surau yang terlatih.

??????? ?????? ???????? ~ 25 September 2024

Rakan Surau Al Mawaddah telah mengambil inisiatif dengan menyumbang 14 unit kipas berdiri dan seunit LCD Projector untuk kegunaan Surau Al Mawaddah ILPPG. Dana yang diperolehi melalui aktiviti keusahawanan di Surau itu disalurkan kepada surau untuk kegunaan para jemaah.

??????? ????????? ???????~ 26 September 2024

Program ini dijalankan bagi mewujudkan semula kumpulan kompang ILPPG. Oleh itu, jurulatih kompang daripada luar (En Hairul Bin Zabidi) dijemput bagi memberikan latihan dan khidmat nasihat kepada ahli-ahli kumpulan kompang ILPPG

Skip to content