07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 26 September 2024, ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Pemprosesan dan Penghasilan Baja Kompos dengan kerjasama Jabatan Pertanian Johor Bahru dan telah dihadiri oleh seramai 29 orang kakitangan. Kursus telah disampaikan oleh Encik Shahnon Bin Saian, Penolong Pegawai Pertanian dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.

Tujuan kursus ini dianjurkan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkenaan proses penghasilan baja kompos dalam merealisasikan Konsep Tema Hijau di ILP Pasir Gudang dan telah dijalankan secara kelas teori dan kelas amali di mana komposisi nisbah campuran tanah dan baja yang tepat turut diberi tunjuk ajar oleh penceramah jemputan.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang pengurusan sisa organik dan memberi manfaat kepada pertanian lestari di ILP Pasir Gudang.

Skip to content