07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Satu pemeran bersempena Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenajung Malaysia (JTKSM) telah di adakan pada 19 September 2024 bertempat di Masjid Kampung Perak, Simpang Renggam, kluang Johor. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JTKSM, YBrs En Kamal bin Pardi

Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memberi ruang kepada ketua-ketua jabatan untuk mendekati penduduk di kampung asal mereka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini. Selain pameran KESUMA diadakan juga cabutan bertuah, pertandingan menganyam ketupat, servis motorsikal, sumbangan kepada asnaf serta acara sukan rakyat. Pihak ILPPG juga telah diberi peluang untuk memberikan sedikit taklimat kepada penduduk kampung yang hadir mengenai program-program yang ditawarkan di institut ini serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini.

Skip to content