07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Dari 16 hingga 19 September 2024, Pasukan Robot ILP Pasir Gudang (SCORP) telah menyertai Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertandingan bertaraf nasional ini berlangsung di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur, dengan tema “Keep Fighting”.

SCORP, yang disertai oleh 5 peserta yang terdiri dari pengajar dan pelajar, bersaing dalam kategori robot 45kg, menunjukkan kehebatan mereka dalam mengendalikan robot tempur yang dibina sendiri. Walaupun menghadapi persaingan sengit daripada 28 pasukan dari Institusi Latikan Kemahiran, Universiti dan Syarikat swasta seluruh negara, Pasukan SCORP berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir, satu pencapaian yang membanggakan.

Pertandingan ini bukan sahaja menguji keupayaan teknikal pasukan, tetapi juga ketahanan mental dan keupayaan untuk berinovasi dalam situasi tekanan. Melalui pengalaman ini, Pasukan SCORP menunjukkan semangat juang yang tinggi, selari dengan tema pertandingan, dan membuktikan kebolehan mereka dalam arena robotik.

Skip to content